Sunday, November 16, 2008

Ranking Bola Sepak Malaysia Meningkat

Alhamdulillah, nampaknya semakin ada peningkatan tahap permainan bola sepak skuad negara. Malaysia yang sebelum ini menduduki ranking ke-172 iaitu pada September 2007, kini pada November 2008 telah meningkat ke ranking 151. Walaupun agak ketinggalan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, Malaysia boleh berbangga kerana ia adalah pencapaian terbaik untuk tahun 2008.

Malaysia mempunyai rekod terbaik dalam ranking bola sepak antarabangsa dengan menduduki tangga ke-75 iaitu pada Ogos 1993. Dalam senarai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pula Malaysia menduduki ranking ke-25 tetapi masih di belakang Thailand (15), Singapura (19) dan Indonesia (18).

Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan skuad bola sepak kebangsaan kita dalam kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Disember depan dan jika mereka berjaya, ranking kita di FIFA akan terus meningkat.

Selamat maju jaya buat anak buah B. Sathianathan!!!

No comments: