Tuesday, November 4, 2008

Pendapat Saya

















Kisah keretakan rumah tangga Abby Abadi dan Norman Hakim bukan asing lagi. Semenjak kelahiran anak ketiga mereka, Norman dikatakan mula menunjukkan sikap dingin terhadap isteri beliau. Ketika selesai acara memotong jambul anak ketiga mereka, Norman dikatakan terburu-buru beredar daripada majlis tersebut.

Kisah mereka bertambah parah apabila Norman ditangkap khalwat dengan pelakon baru bernama Memey Suhaiza. Apa pun alasan yang diberikan oleh mereka berdua yang telah ditangkap, amat sukar diterima oleh seorang isteri. Walaupun saya seorang lelaki, saya cuba menempatkan diri saya dalam situasi yang dihadapi oleh Abby. Amat sukar menerima kenyataan bahawa suami yang menjadi tempat berlindung dan bermanja, telah ditangkap khalwat bersama wanita lain.

Saya juga tidak bermaksud untuk menyalahkan Norman dalam hal ini. Penjelasan yang tersirat daripada beliau amat penting untuk mengelakkan saya menjadi 'bias' dalam hal ini. Kewujudan orang ketiga dalam sesebuah rumah tangga adalah satu fenomena yang paling dibenci oleh mereka yang menjadi mangsa penganiayaan konflik rumah tangga. Memey Suhaiza pada pendapat saya, adalah orang ketiga yang wujud dalam cerita Norman dan Abby. Seharusnya Memey bersemuka dengan Abby dan menerangkan perkara sebenar jika merasakan diri berada di tempat yang benar. Norman pula perlu bersikap 'gentleman' dengan tidak mengelak untuk bertemu isteri beliau yang sudah hancur hatinya dengan kejadian tangkap khalwat tersebut.

Di sini saya ingin juga memberi pendapat mengenai akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Harian Metro. Elakkan cerita-cerita yang mengaibkan ini menjadi 'front page' kerana ia melibatkan maruah seseorang. Memang ini adalah salah satu strategi pemasaran untuk melariskan jualan namun kesan yang timbul akibat daripada berita yang sengaja disensasikan ini hanya akan menambah kelukaan kepada insan yang dijadikan bahan berita tersebut. Bukan saya ingin menidakkan berita-berita sebegini dimuatkan di dalam akhbar, namun janganlah jadikan ia sesuatu yang besar kerana hanya membuka aib seseorang. Sepatutnya akhbar arus perdana lebih memberi tumpuan kepada isu jenayah dan keselamatan negara. Isu ekonomi global juga boleh dijadikan bahan utama dalam membawa pemikiran masyarakat ke arah idea dan maklumat terbaru.

Ketika memandu ke tempat kerja saya juga mendengar radio Hot Fm dan radio ERA mengutarakan perkara yang sama. Apa yang mereka akan dapat apabila bercerita tentang perkara sebegini? Tolonglah stesen radio seperti ERA dan Hot FM, berubahlah ke arah intelektual sikit dan jangan membuka peluang kepada cerita-cerita memalukan ini dengan lebih terbuka.

Norman dan Abby harus bermuhasabah diri dan elakkan pertengkaran di luar seperti yang terjadi semalam. Untuk Memey Suhaiza, jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan janganlah mengganggu kedamaian rumah tangga orang lain.

2 comments:

sumandak bayu said...

Salam Bro...

Dalam urusan rumah tangga sememangnya banyak dugaan dan asam garamnya... pihak ketiga ke.. keempat ke.... memang menjadi mangsa kepada keadaan.... tak akan nampak baiknya bila dah cuba meruntuhkan rumah dan tangga seseorang...

Rasanya pasangan itu yang lebih tahu salah siapa......kita doakan aje kebahagiaan mereka....dan yakin dengan setiap keputusan yang mereka ambil.... baik perempauan mahupun lelaki, Sumandak yakin ada sebab mereka jadi macam tu....

Pemuda Malaysia said...

salam sumandak bayu,

thanks 4 ur comment..

saya masih bujang dan mungkin kurang pengalaman dalam hal rumah tangga. namun sebagai lelaki saya cuba meletakkan diri saya dalam berbagai situasi.

apa yang saya ingin sampaikan adalah, jangan sesekali meluahkan sebarang masalah rumah tangga kepada orang luar terutama yang berlainan jantina. walaupun kita sekadar ingin meminta pendapat, lambat laun perkara positif ini akan menjadi negatif kerana mungkin semasa kita meluahkan sesuatu masalah kepada orang lain terutama yang lain jantina, akan timbul rasa belas kasihan dan lama kelamaan ia akan bertukar kepada kasih sayang.

ini bukan menyelesaikan masalah malahan hanya menambah masalah sedia ada.

jalan sebaiknya adalah menagajak pasangan kita berbincang dan bertentang mata untuk mencari punca masalah tersebut. negara kita juga banyak pusat-pusat atau agensi yang boleh dijadikan tempat mengadu dan seterusnya meminta pendapat dan nasihat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

setiap negeri juga ada jabatan agama Islam yang bertanggungjawab terhadap segala urusan dari segi agama, akidah, perkahwinan dan lain-lain lagi.

saya setuju dengan sumandak bayu yang mengatakan bahawa hanya pasangan itu yang tahu masalah mereka. jadi sama-sama kita doakan agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi seterusnya memikirkan masa depan anak mereka.