Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS

Sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam celik dan sedar mengenai situasi politik hari ini yang banyak merugikan umat Islam. Kita lihat sahaja situasi di Perak dan Pulau Pinang di mana banyak perkara serta isu yang mengguris kaum Melayu dan umat Islam.

Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan di antara PAS dan UMNO perlu dilihat sebagai salah satu jalan tepat untuk menamatkan kemelut politik yang dilihat masih panas walaupun pilihan raya umum ke-12 telah lama berlalu. Ini kerana parti PAS yang dilihat telah bangkit dengan reputasi kemenangan yang boleh dibanggakan dalam sejarah penubuhan parti itu kelihatan bodoh dan tidak bermaya akibat dimanipulasi oleh rakan pembangkang mereka iaitu PKR dan DAP selepas pilihan raya. Ini dapat dilihat melalui beberapa keputusan yang melibatkan negeri yang diterajui Pakatan Rapuh seperti di Selangor, Perak, dan Pulau Pinang. Hanya Kelantan dan Kedah yang dilihat masih gah dan kuat diterajui oleh PAS tanpa campurtangan daripada PKR dan DAP.

Perak yang sebelum ini menyaksikan Menteri Besar boneka daripada PAS telah dicucuk hidungnya oleh DAP kerana jika dikira secara logik DAP seharusnya membentuk kerajaan negeri namun Undang-undang Tubuh Perak telah menyelamatkan keadaan tersebut lalu terpaksa juga DAP memberikan kerusi Menteri Besar kepada PAS. Ini menyebabkan banyak keputusan yang dibuat oleh Nizar yang mendapat jolokan MB Gila Kuasa akibat tidak berpuas hati dengan pengambilalihan kuasa oleh Barisan Nasional beberapa bulan yang lalu terus cuba untuk merampas kembali kerusi MB dan sanggup menderhaka kepada Sultan Perak. Seharusnya Nizar bermuhasabah diri dengan merenung kembali apa keputusan yang telah beliau lakukan semasa menjadi MB yang mana segala keputusan beliau hanya menguntungkan sebelah kaum sahaja.

Kerajaan Perpaduan yang lahir daripada idea Presiden PAS sendiri masih diperingkat perbincangan lagi. Namun sudah ada suara sumbang daripada PKR dan DAP yang menolak mentah-mentah idea Hj. Hadi Awang ini. Malahan dalam saf kepimpinan PAS sendiri tidak suka kepada idea penubuhan kerajaan Perpaduan ini. Mereka dalam PAS yang dipanggil puak Erdogan lebih suka jika Anwar Al-Juburi menjadi Perdana Menteri. Apabila puak Erdogan semakin berkuasa dalam PAS, Hj. Hadi akan menjadi semakin tersepit dan sukar untuk menjalankan tugas beliau sebagai seorang Presiden.

Di sini, jelas dilihat bahawa idea Kerajaan Perpaduan oleh PAS ditentang oleh puak Erdogan beserta PKR dan DAP. Ia amat berbeza dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO seperti Perdana Menteri sendiri bersama beberapa orang Menter Kanan yang bersikap terbuka dalam menerima idea penubuhan Kerajaan Perpaduan. Itulah UMNO yang sentiasa menerima apa jua idea yang dilihat baik untuk umat Islam disamping tidak mengabaikan kebajikan kaum lain.

Justeru itu, saya selaku umat Islam juga bersikap positif dalam menerima apa juga idea yang dilihat dapat menyatupadukan umat Islam di Malaysia ini disamping tidak meminggirkan kemajuan kaum lain yang turut bermastautin di negara ini.

Jadikan peristiwa pembunuhan kejam di Masjid Narathiwat baru-baru ini sebagai pengajaran kepada semua kaum di Malaysia agar insiden buruk ini tidak terjadi di Malaysia.

9 comments:

mustikacitra-indah said...

tak sangka pemuda malaysia masih bergiat aktif dalam penulisan blog

mustikacitra-indah said...

lupa nak cakap........ bukan ke "Tempatku mencari rezeki sekarang di Sarawak bukannyerrr KL lagi dah"

Atuk Banjar Masin said...

Kebijaksanaan cina berpolitik memberi kesan kebaikan dan keuntungan kepada mereka, sebalik nya telah memberi banyak keburukkan dan kerugian besar kepada kaum melayu/Islam.

Seperti kata2 Mat Sabu: "Setiap kali PRU diadakan, kaum cina bersatu, mereka menyokong satu parti sama ada MCA, Gerakan atau DAP."
Pada PRU12 yang lepas, mereka bersatu menyokong DAP. Mereka menjadi kuat jika berada dalam satu parti.

Pemuda Malaysia said...

salam mustika citra indah..

menulis artikel di blog adalah satu kemestian dan menjadi perkara yang penting demi menyedarkan kaum Melayu betapa pentignya perpaduan..

tentang kerja di sarawak akan diupdate sebentar lagi ye..

kirim salam pada husband...

Pemuda Malaysia said...

salam tok gajah..

terima kasih atas komen anda. seharusnya kaum Melayu sedar tentang perkara itu dan Singapura boleh dijadikan contoh bagaimana bangsa Cina berkuasa di sana...

Semut Api said...

beb ganas betul kau bantai azmin...
tapi aku rasa memang patut pon suruh dia jaga akwasan dia... asyik nak mengikut bontot boss dia je kerja dia ni selama ni...

PKMPL said...

MARILAH BERSATU WAHAI UMAT ISLAM....

SaKa AdiWangsa said...

Salam, kerajaan perpaduan lebih kepada strategi PAS untuk menilai konsep 1Malaysia, kalau PAS-UMNO bergabung, kantoilah 1Malaysia!

Anonymous said...

SALAM PERJUANGAN
SESUATU YANG BAIK ITU JIKA DI MULAKAN DGN BISMILLAH DI IRINGI DGN NIAT YG IKHLAS, INSYALLAH SETIAP YG DIUTARAKAN PASTI AKAN BERJALAN DGN LANCAR TANPA MSLH. INI LAH MSLH YG PAS SUSAH NAK MULAKAN


http://jeffrydamien09.blogpot.com