Thursday, May 7, 2009

Coretan Dari Bumi Kenyalang

Salam Sejahtera buat pembaca blog Pemuda Malaysia. Saya ingin memohon maaf kerana kesuntukan masa bertugas di Kuching menyebabkan saya amat kekurangan masa untuk ber'blog'. Insya-Allah saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis beberapa artikel dalam sebulan buat tatapan para pengunjung blog Pemuda Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga kerja JASA terutama bekas Pengarah saya (GSPD) yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya ketika saya berkhidmat di sana satu ketika dahulu. Beliau sentiasa memberi dorongan kepada saya agar sentiasa bersemangat untuk maju dalam kerjaya saya.

Tahniah juga kepada bapa angkat saya, yang kini memangku jawatan Pengarah (BPI). Beliau juga banyak membantu bukan sahaja dalam segi kerja malahan dari segi kewangan juga beliau tidak pernah lokek menghulurkan bantuan.

Pengalaman saya walaupun tidak lama di dalam JASA banyak memberi manfaat kepada saya dalam menjalankan tanggungjawab di jabatan baru ini. Saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Saya yakin di bawah kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Idea 'Satu Malaysia' yang diterapkan oleh beliau adalah amat bertepatan dengan konsep negara Malaysia yang berbilang kaum ini. Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan berharap agar seluruh kakitangan awam di negara ini berkhidmatlah dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas bagi mendapat keberkatan dalam hidup.

Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa atas setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini..amin...

No comments: