Tuesday, May 26, 2009

PRK PENANTI SATU LAGI MELODRAMA PAKATAN PEMBANGKANG

Semalam PM, YAB DS Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN tak akan meletakkan calon untuk bertanding di PRK Penanti. Tambah beliau, BN tak mahu terikut-ikut ‘tarian’ dan ‘lagu’ yang dimainkan oleh pakatan pembangkang. Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama BN tidak meletakkan calon bertanding dalam PRK.

Pada tahun 60-an, BN telah menetapkan tidak akan bertanding dalam PRK di Ipoh, Perak menentang calon DAP, Sdr Tan Yew Peng.

DS Najib adalah ‘season politician’. Beliau tidak membuat sebarang keputusan tanpa memikirkan kepentingan semua pihak – rakyat dan negara. Tindakan beliau juga tidak membelakangkan unjuran Tun Mahathir yang mahukan BN bertanding di Penanti. Malahan pada pandangan penulis, ada sesuatu yang tersirat disebalik keputusan tersebut di mana BN boleh melihat beberapa perkara sekiranya tidak bertanding dalam PRK Penanti:

Pertama, jumlah/peratusan yang keluar mengundi. Kenaikan atau penurunan jumlah tersebut sedikit sebanyak akan memberi BN gambaran terhadap pola pengundian pengundi terhadap pembangkang (tanpa BN).

Kedua, penulis yakin bahawa BN juga akan mahu melihat sama ada pakatan pembangkang akan mengkaitkan BN dalam kempen mereka. Sekiranya berlaku, BN akan dapat lebih memahami niat sebenar pakatan pembangkang.

Ketiga, BN juga dipercayai akan dapat melihat sejauhmana keaggresifan kempen pembangkang itu sendiri.

Ketiga-tiga andaian penulis di atas akan menjuruskan kita kepada trend dan strategi pembangkang. Di sini penulis ingin perturunkan beberapa peristiwa yang terdahulu yang pernah dilakukan oleh mereka.

Sebelum PRU 12, pakatan pembangkang telah menggunakan pendekatan Demonstrasi Jalanan dalam usaha untuk menarik simpati rakyat kepada mereka. Pelbagai bentuk demonstrasi seperti BERSIH, HINDRAF dan sebagainya dilakukan dan semuanya ke arah kelabaan politik mereka.

Mereka juga membuat tuntutan-tuntutan tertentu melalui persatuan-persatuan atau badan-badan NGO seperti Tuntutan SuQui dan Dong Jiao Zhong serta menggunakan Majlis Peguam untuk membawa perbincangan mengenai isu-isu sensitif seperti Kontrak Sosial, Hak Istimewa Orang Melayu dan Hak Beragama dalam usaha untuk memberikan tekanan terhadap kerajaan.
Tekanan-tekanan juga diberikan melalui media alternatif (blog) dalam usaha untuk menyebarkan fitnah, memutarbelitkan dan tokok tambah terhadap isu-isu agar ia lebih sensasi dan sensitif.

Mengadakan PRK adalah trend terbaru yang diketengahkan oleh pakatan pembangkang. Tujuan mereka berbuat demikian adalah kerana mereka mahu meneruskan gerakan memburuk-burukkan BN/UMNO di samping untuk terus mengekalkan dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.

Hal ini jelas dapat kita lihat di mana selepas satu PRK demi satu PRK dilakukan. Namun yang amat jelas adalah PRK Permatang Pauh yang dilakukan hanya kerana mahu menaikkan DS Anwar. Sebaik sahaja melihat melalui PRK Permatang Pauh ini memberikan impak kuat kepada mereka, lalu PRK telah dijadikan sebagai satu alat untuk mereka menyebarkan dakyah dan mengadakan ‘demonstrasi halal’ mereka. PRK Bukit Selambau dan kini Penanti diadakan bukanlah disebabkan oleh kehendak pengundi atau masyarakat tempatan.

Kini percubaan atau pendekatan terbaru pula ingin diketengahkan oleh pakatan pembangkang iaitu Pilihanrayal Negeri di Perak. Mereka menyatakan bahawa ini adalah kehendak akar umbi/rakyat Perak sendiri. Pelbagai pihak telah dipersalahkan termasuklah DYMM Tuanku Sultan Perak yang telah membawa kepada langkah sebegini perlu dilaksanakan.

Akhirnya nanti pakatan pembangkang akan mencadangkan untuk mengadakan Pilihanraya Umum bagi memilih Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang biasa diamalkan di Indonesia dan Amerika Syarikat contohnya dalam dalam memilih calon Presiden. Tidak mustahil perkara sebegini akan berlaku memandangkan Anwar mahu sangat nak jadi PM. Beliau akan menggunakan seluruh jentera pakatan pembangkang untuk menyokong idea ini sekalipun menggunakan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi.

Sehubungan itu, penulis secara terbuka merasakan bahawa tindakan BN tidak bertanding di PRK Penanti adalah suatu langkah bijak dan berhemah. Kalau dilayan dan ikut tarian mereka, lama kelamaan mereka akan membawa politik tanahair ke lembah yang hina.

dipetik daripada Sahabat Mantap Blogspot, 19 Mei 2009
Penulis : Salza Hedra

Thursday, May 14, 2009

PILIHAN RAYA NEGERI PERAK...HANYA AKAN MENGUNTUNGKAN DAP

Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.

Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.

Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak…..Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.

Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.

Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.

Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

dipetik daripada http://sahabatgunung9506.blogspot.com/

Wednesday, May 13, 2009

Memuji dan Mencaci

Keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 11 Mei 2009 yang menyatakan bahawa si Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak amat menggembirakan empunya diri dan parti beliau. Berbagai-bagai pujian diberikan kepada sistem kehakiman negara atas keputusan yang memihak kepada Perosak Rakyat (PR) itu. Pemimpin-pemimpin daripada Perosak Rakyat mengatakan antaranya, sistem demokrasi telah lahir semula, keadilan telah dilaksanakan di bumi Perak, sistem kehakiman semakin matang, proses perundangan semakin telus dan macam-macam lagi kata pujian yang dizahirkan oleh pemimpin Perosak Rakyat.

Namun, sistem perundangan juga telah bersikap adil kepada Barisan Nasional. Jadi, Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak pada tiga bulan yang lepas, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Lantas, pada hari berikutnya Datuk Seri Dr. Zambry telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi meminta penangguhan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Alhamdulillah, rayuan yang dibuat oleh Barisan Nasional pada pagi 12 Mei 2009 telah didengari pada sebelah petang dan memihak kepada Barisan Nasional. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan iaitu menangguhkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan membenarkan Datuk Seri Dr. Zambry menjalankan tugas beliau sehingga keputusan rayuan dibentang dan diputuskan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Dengan keputusan ini, kita dapat melihat bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Perosak Rakyat yang pada mulanya memuji sistem perundangan dan proses kerja mahkamah di Malaysia. Namun apabila satu keputusan lain yang dibuat oleh Mahkamah Malaysia telah memihak kepada Barisan Nasional, pemimpin Perosak Rakyat mencaci pula sistem mahkamah dengan melemparkan berbagai-bagai ayat negatif seperti Barisan Nasional telah mengongkong dan menguasai mahkamah, mahkamah yang aneh, keputusan mahkamah berat sebelah, sistem perundangan yang mengaibkan, Najib peralatakan mahkamah dan lain-lain lagi kata-kata buruk diluahkan oleh pemimpin Perosak Rakyat.

Inikah kualiti pemimpin Perosak Rakyat yang masih disokong oleh rakyat Malaysia? Apabila sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Malaysia menyebelahi mereka, pujian tinggi melangit akan diberikan dan jika sebaliknya yang terjadi, segala cacian dan makian akan dilemparkan oleh mereka kepada sistem perundangan negara kita. Ini menunjukkan golongan Perosak Rakyat memang tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka. Mereka tidak sanggup menerima kekalahan dan hanya nafsu kemenangan yang mereka mahukan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Jika anda sebagai rakyat Malaysia berfikiran waras dan bijak, tentu anda akan dapat menilai perangai sebenar pemimpin Perosak Rakyat ini. Seperti yang saya pernah katakan dalam artikel lepas, memang tiada satu pun kerajaan di dunia yang 'perfect', namun jika dibandingkan antara Barisan Nasional dan Perosak Rakyat, adalah seperti langit dan bumi. Amat berbeza sekali prestasi kedua-dua parti ini. Barisan Nasional walaupun tidak sempurna keseluruhannya, adalah lebih cemerlang pentadbiran mereka jika dibandingkan dengan Perosak Rakyat.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia berfikirlah dengan waras dan matang dalam menilai suasana politik di Perak. Akibat keengganan si Nizar untuk menerima hakikat bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau dan Perosak Rakyat sanggup menebalkan muka untuk mendapatkan kuasa walau dengan apa cara sekalipun. Inilah yang dinamakan "GILA KUASA DI TAHAP MELAMPAU"...

Friday, May 8, 2009

Kurang Ajar Punya DAP!!!


Beginilah rupa kurang ajar dan biadapnya ADUN DAP apabila tidak mahu mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah kehilangan sokongan majoriti. Si Nizar yang gila kuasa juga sama je perangai macam ADUN pembangkang yang lain. Bodoh punye Pakatan Rakyat.
Insiden ini hanya memalukan negara di mata dunia dan amat menghina institusi Kesultanan Perak. Adakah rakyat Perak yang masih menyokong Perosak Rakyat tidak sedar dengan kelakuan samseng ADUN pembangkang yang menjadi pilihan mereka semasa PRU-12 yang lalu...

Thursday, May 7, 2009

BN Terus Maju Di Perak

Alhamdulillah, akhirnya Sidang DUN Perak dapat berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang. Mereka seperti tidak dapat menerima kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan cuba untuk menghuru-harakan kestabilan dan keharmonian di Perak.

Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan terutama pihak polis yang mengambil langkah drastik dalam memastikan keselamatan di sekitar Bangunan SUK terkawal daripada samseng-samseng Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional maju dan cemerlang di Perak!!!

JANGAN SAMPAI AKU JUMPA KORANG!!!

Amaran kepada peragut yang membaca blog aku!!!

Aku nak bagitahu dengan korang yang menjadikan kerjaya peragut sebagai jalan mudah mendapatkan wang. Jangan sampai aku terserempak dengan korang ketika sedang meragut mangsa. Aku akan pastikan korang yang menjadi peragut akan dikuburkan oleh tangan aku sendiri. Biarlah lepas tue polis nak tangkap aku atas tuduhan membunuh tanpa niat atau apa-apa 'charge', aku tak takut langsung. Yang penting, jangan sampai aku jumpa korang ketika meragut. Aku akan kejar dengan apa cara sekalipun dan bila dapat je korang, aku akan pastikan korang alami nasib yang sama macam 3 kes sebelum ini.

Korang memang "SHIT"!!!

Takder hati perut langsung kan. Meragut sehingga menyebabkan kematian kepada seorang nenek tua yang tak berdaya dan menyebabkan dua ibu yang mengandung menemui ajal akibat perbuatan korang. Aku "SUMPAH" jika perkara ini berlaku depan mata aku, jangan harap korang boleh terlepas dengan senang. Aku janji, kalo korang tak koma mesti mati. Jadi dua pilihan sahaja yang aku dapat beri kepada peragut-peragut yang membaca blog aku ini.

Peragut macam korang tak boleh dibiarkan hidup di muka bumi ini kerana hanya menambah kesengsaraan insan lain yang tak berdosa. Kenapa ragut kaum HAWA sahaja!!! Kalo korang benar-benar jantan dan ada "anu", aku cabar korang ragut aku!!! Kita tengok sapa yang MATI!!!

Coretan Dari Bumi Kenyalang

Salam Sejahtera buat pembaca blog Pemuda Malaysia. Saya ingin memohon maaf kerana kesuntukan masa bertugas di Kuching menyebabkan saya amat kekurangan masa untuk ber'blog'. Insya-Allah saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis beberapa artikel dalam sebulan buat tatapan para pengunjung blog Pemuda Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga kerja JASA terutama bekas Pengarah saya (GSPD) yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya ketika saya berkhidmat di sana satu ketika dahulu. Beliau sentiasa memberi dorongan kepada saya agar sentiasa bersemangat untuk maju dalam kerjaya saya.

Tahniah juga kepada bapa angkat saya, yang kini memangku jawatan Pengarah (BPI). Beliau juga banyak membantu bukan sahaja dalam segi kerja malahan dari segi kewangan juga beliau tidak pernah lokek menghulurkan bantuan.

Pengalaman saya walaupun tidak lama di dalam JASA banyak memberi manfaat kepada saya dalam menjalankan tanggungjawab di jabatan baru ini. Saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Saya yakin di bawah kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Idea 'Satu Malaysia' yang diterapkan oleh beliau adalah amat bertepatan dengan konsep negara Malaysia yang berbilang kaum ini. Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan berharap agar seluruh kakitangan awam di negara ini berkhidmatlah dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas bagi mendapat keberkatan dalam hidup.

Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa atas setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini..amin...