Friday, July 17, 2009

Kecoh nak tuntut siasatan kematian pembantu Exco…

July 17, 2009 : 02.40 PM--->

Hingga sekarang tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Namun kira-kira 300 orang penyokong pembangkang sudah cuba buat kecoh berkumpul tidak jauh dari Plaza Masalam,Shah Alam pagi Jumaat dimana terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,Selangor tuntut siasatan keatas kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Teo Beng Hock,30. Polis terpaksa bertindak menyuraikan mereka selepas enggan patuhi arahan beredar dari situ. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pun hadir memberi ucapan seketika pada jam 10.20 pagi.

Beliau antara lain desak ditubuh Suruhanjaya Diraja siasat kejadian itu. Anwar cuba membakar sentimen dengan mendakwa ia satu serangan sistematik keatas pakatan pembangkang Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Beberapa orang telah ditahan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak tidak buat sebarang spekulasi mengenai kematian Teo. Katanya mereka sepatutnya tunggu hasil siasatan polis keatas kes itu.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula beri jaminan siasatan keatas kes itu akan dijalankan secara telus dan tiada akan disembunyi.Katanya biar polis siasat.

Mengenai demonstrasi pembangkang ,Muhyiddin berkata mereka tidak harus salahkan polis jika tindakan diambil. Katanya tiada siapa harus 'over react' dan buat dakwaan palsu mengenai kes itu.Mengenai cadangan Anwar tubuh suruhanjaya siasatan,Timbalan Perdana Menteri kata ia tidak perlu. -17/7/2009

dipetik daripada Agenda Daily Online.

2 comments:

pensil70 said...

lama tak dengar cerite... pandangan kritis org muda macam saudara amat penting kepada survival agama dan bangsa ... tahniah...

Mohd. Alias bin Demyati said...

Jangan lupa teater gamat akan berlangsung 2 - 8 Oktober 2009 di Istana Budaya..