Wednesday, August 19, 2009

Harun Taib Tak Sokong Nik Aziz

Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib

KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 18 Ogos 2009

.....................................................................................

Betul tak aku cakap Nik Aziz dah nyanyuk kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau akhir-akhir ini semakin meragukan dan nampak bodoh. Inilah yang dipanggil Ulama Politik. Akibat ketaksuban kepada parti DAP dan Anwar Ibrahim Al-Juburi, Nik Aziz sanggup mempertahankan kawan-kawan berlainan agama di dalam kem Pakatan Rosak dengan mengeluarkan fatwa-fatwa songsang. Semoga Nik Aziz sempat bertaubat sebelum menutup mata.

Tuesday, August 18, 2009

Mari Fikirkan Bersama...

Saya akan paparkan 2 artikel daripada Utusan Malaysia Online berkenaan kenyataan Mufti Perak dan Mursyidul Am PAS mengenai Syurga dan Neraka. Saya berharap para pengunjung blog ini yang membaca dua kenyataan tersebut dapat menilai kenyataan berikut daripada dua tokoh ulama dengan menggunakan akal fikiran yang waras dan bukan menilai melalui pemahaman politik melampau.

Jangan jadikan agama Islam sebagai mangsa ideologi politik kotor sesebuah parti. Saya berharap agar Nik Aziz kembali sedar apa yang beliau telah ucapkan akhir-akhir ini kerana semakin mengelirukan masyarakat Islam. Tak salah saya katakan bahawa Nik Aziz semakin nyanyuk ataupun telah terminum air jampi Brother Anwar bin Ibrahim (BABI).

Semoga dua artikel yang dipaparkan di bawah ini dapat membezakan mana satu "ulama tulen" dan mana satu "ulama politik".

Bacalah...

KENYATAAN MUFTI PERAK (Tan Sri Harussani Zakaria)

Tiada nas sertai Pas masuk syurga

PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini.


KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS (Dauk Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA


Anda baca dan nilai sendiri mana satu pendapat yang anda percaya berdasarkan kepada nas dan hukum Islam...

Si Beruk Hitam Menggila

Sungguh memalukan apabila kita dipertontonkan dengan adegan ala samseng seorang Ahli Parlimen daripada PKR ketika proses penamaan calon semalam. N. Gobalakrishnan, wakil rakyat daripada Parlimen Padang Serai ditahan oleh pihak polis kerana dikatakan telah membuat kecoh dengan melakukan provokasi menggunakan alat pembesar suara.

Inilah dia seekor beruk hitam yang mungkin cuba hendak menunjukkan kejaguhan namun beliau salah tempat. Ketika saya bertugas di Parlimen Malaysia, individu yang sama juga cuba menjadi jaguh dengan bersikap biadap dan kurang ajar kepada Speaker Dewan Rakyat. Kelakuan N. Gobalakrishnan amat menjelekkan dan membuatkan saya berasa amat menyampah.

Sepatutnya sebagai seorang wakil rakyat, beliau harus menghormati tugas anggota polis dan undang-undang dengan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Di manakah letaknya rasa malu dan segan beliau kepada penyokong tidak kira sama ada daripada parti BN atau Pakatan Rosak.

Rakaman video yang saya tonton di TV 3 malam tadi membuatkan saya berasa amat marah dengan perilaku si beruk hitam itu. Tindakan beliau yang mencetuskan ketegangan dengan pihak polis dan kemudian bertindak menampar salah seorang anggota polis sungguh tidak boleh diterima akal.

Ayah saya ialah seorang anggota polis dan jika anggota polis yang ditampar oleh si beruk hitam itu adalah ayah saya, nescaya si beruk hitam itu akan ditampar semula oleh saya. Jangan ingat dengan gelaran Ahli Parlimen, saya akan takut serta tidak berani menyentuh N. Gobalakrishnan. Semasa di Dewan Rakyat pun saya rasa macam nak campak sahaja kasut saya ke muka si beruk hitam akibat keceluparan mulut beliau ketika berbahas.

Saya yakin, rakaman video malam tadi yang dipaparkan oleh TV3 telah ditonton oleh berjuta-juta rakyat Malaysia dan seharusnya kita sebagai insan yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah S.W.T harus menilai segala tindakan si beruk hitam adakah wajar atau tidak. Semoga segala kelakuan biadap wakil rakyat Pakatan Rapuh dapat dibalas dengan menyingkirkan mereka pada pilihan raya akan datang dan kembalikan sokongan anda kepada wakil rakyat BN yang lebih berwibawa dan berkarisma.

Monday, August 17, 2009

JANGAN TUNDUK SPRM!!!

Pakatan Rapuh kini boleh menarik nafas lega kerana SPRM telah membekukan buat sementara waktu kes siasatan yang melibatkan ahli politik. Namun demikian, saya sebagai rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh SPRM. Ini kerana, sebagai sebuah badan bebas SPRM seharusnya berani menjalankan kewajipan dan tanggungjawab dengan meneruskan siasatan tanpa memilih bulu dan tidak perlu tunduk kepada tekanan daripada mana-mana parti politik terutama DAP dan PKR.


Isu kematian Teoh Beng Hock dan isu penahanan Wong Chuan How tidak boleh dijadikan alat untuk menghentam dan menyalahkan SPRM sahaja. Ini kerana kes kematian Setiausaha Politik kepada salah seorang Exco Selangor itu masih di dalam peringkat inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam manakala isu penahanan dan tuduhan Wong Chuan How bahawa beliau telah dikasari dan ditolak dengan kasar oleh anggota SPRM semasa ditahan juga tidak patut dipercayai kerana rakaman video yang ditayangkan jelas menunjukkan beliau cuba melarikan diri daripada dibawa ke pejabat SPRM.


Dengan muka ala samseng dan kononnya berbadan besar orang takut nak menahan beliau dan kenapa beliau takut untuk ditahan dan dibawa ke pejabat SPRM? Ini menunjukkan bahawa beliau memang bersalah dan cuba untuk melarikan diri. Atau beliau takut apabila sampai di pejabat SPRM di Plaza Masalam beliau akan dilempar keluar daripada tingkat 14? Kematian Teoh sendiri dikatakan akibat daripada membunuh berdasarkan teori seorang Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim.


Jadi, jika benar Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu tidak bersalah, beliau tidak perlu takut untuk dibawa ke pejabat SPRM untuk siasatan lanjut kerana anggota SPRM jelas tidak menggari beliau ketika berjalan, cuma beliau sendiri yang secara tiba-tiba bertindak ganas dan cuba melarikan diri. Oleh sebab itu, anggota SPRM cuba menangkap dan menggari beliau. Akibat daripada pergelutan yang memakan masa hampr 15 minit itu menyebabkan beliau terjatuh dan biasalah, orang DAP dan Pakatan Rosak memang bijak memanipulasi keadaan dengan menuduh bahawa Wong Chuan How telah ditolak sehingga terjatuh dan tercedera. Padahal si apek tua ini juga yang meronta-ronta untuk melarikan diri lalu terjatuh dan bukan ditolak oleh anggota SPRM seperti dakwaan beliau.


SPRM tidak harus membekukan segala siasatan yang berkaitan dengan orang politik terutama daripada parti DAP dan PKR kerana hanya akan membuatkan mereka tersenyum ceria dengan keputusan yang dibuat oleh SPRM. Ia juga membuktikan bahawa SPRM sebagai sebuah badan bebas yang dilihat lemah dan tidak berupaya mengawal tekanan yang datang. Seharusnya SPRM meneruskan siasatan mereka kepada sesiapa sahaja yang dilihat terlibat dengan gejala rasuah kerana hanya dengan cara ini sahaja kita dapat menjadikan negara ini bebas daripada gejala rasuah.


Saya tahu akan ada orang yang mempertikaikan artikel saya kerana mereka beranggapan bahawa saya penyokong kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional. Namun jika difikir secara waras, semasa pemerintahan BN di Selangor pada penggal lepas, ada juga beberapa pemimpin daripada UMNO dan BN yang disiasat oleh BPR (pada waktu itu) namun mereka yang disiasat akur dan tidak pula bertindak macam babi hutan seperti yang dilakukan oleh Wong Chuan How. Jadi, jangan cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan kewajipan mereka kerana tanpa pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM percayalah bahawa negara ini tidak akan aman seperti yang kita kecapi hari ini.

Thursday, August 13, 2009

BUDAYA ANWAR

1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.

2. Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Dianya memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan.

3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.

4. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan.

5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.

6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.

7. Apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur samada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.

8. Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.

9. Ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?

10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai.

11. Ada orang di sebelah sana, di Barat yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama mereka adalah seperti Wolfowitz, Cohen dan lain-lain yang menjadi sahabat karib DSAI.

dipetik daripada Blog Tun Dr. Mahathir .

Nik Aziz beri 'lesen' DAP hina Islam ?

Bukan di Malaysia saja tetapi orang Islam satu dunia bangkit suarakan kemarahan pada karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005 Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agam Islam itu. Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam?

Jawabnya TIDAK. Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan. Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia? Apakah Nik Aziz buat kenyataan seumpama itu untuk sedapkan hati sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang?

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pemimpin DAP yang menghina Islam. Bagi kebanyakan orang jika benar bagai didakwa ada pemimpin DAP yang terlibat menghina Islam ia sudah melangkau batas politik. Ini adalah soal agama. Memang ramai yang marah membaca apa yang tertulis dalam sebuah laman blog yang sudah dimatikan baru baru ini.

Laman blog yang didakwa ditulis oleh Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook,(beliau nafikan terlibat dalam laman blog itu) ada komen-komen yang mencarutkan Islam. Semasa membuat kenyatan itu Nik Aziz dalam dalam nafas yang sama cuba mengalih isu kepada musuh politiknya dengan menyatakan orang Islam yang menolak Islam lebih hina. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya.

Menurut Nik Aziz, PAS sebagai rakan DAP akan memberikan penerangan kepada para pemimpin parti sekutunya itu agar mereka lebih memahami Islam. "Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya. Agak menarik untuk bertanya pada Musyridul Am PAS itu apakah pemimpin DAP seperti Karpal Singh yang terkenal minta langkah mayatnya dulu jika PAS hendak laksanakan pentabiran Islam di negara ini sudah berubah pendiriannya.

Ia bukan baru sehari dua,seminggu atau sebulan berlalu tetapi sudah hampir dua tahun Pengerusi DAP itu tidak berganjak. Tolong tanya orang kuat DAP Lim Kit Siang sama ada beliau sudah memahami hasrat dihati PAS nak laksana pentabiran Islam itu? Cakap semua orang boleh cakap tetapi forum apa,wacana apa dan perbincangan apa yang sudah dibuat hingga mereka sudah ‘ lembut hati’. Hakikatnya ada yang merasa kenyataan terbaru Nik Aziz tersebut memberi ruang kepada para pemimpin DAP untuk terus mempertikaikan Islam kerana telah diberi lesen ‘tidak faham’ itu.

Ini belum lagi masuk bab isu gambar bogel ADUN PKR Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Exco Selangor itu dengan baju kurung dapat berdiri atas pentas ceramah di Kelantan sedangkan hakikatnya semua orang tahu gambar bogel itu dirakam oleh teman lelakinya yang juga seorang ahli PKR beragama Islam.

Atas nama politik tiada siapa dikalangan orang PAS mempersoalkan tentang isu Elizabeth bersekedudukan. Jangan nanti ada yang berkata bila ia menyangkut kepentingan politik jumpalah Nik Aziz tentu ada fatwa, formula, jawapan dan kewajaran yang boleh diberikan oleh Tok Guru itu.

dipetik daripada Agendadaily –13/8/2009-

Asri Rabbani sudah tiada...

ALFATIHAH Buat Arwah Asri...

Asri Ibrahim lebih dikenali " Asri Rabbani' ketua kumpulan nasyid popular Rabbani dah tiada. Beliau meninggal dunia jam 11 pagi ini di Hosapital Pantai Kuala Lumpur. Beliau dipercayai diserang sakit jantung.

dipetik daripada Agendadaily -13/8/2009-

Sehati berdansa…hingga lupa Genting Highlands kena gadai

Inilah masalahnya adakala bila terlampau gairah nak bercakap kita lupa pada sejarah hidup yang pernah dilalui. Ada sebilangan pembaca yang menelefon Agendadaily mempersoalkan tentang tulisan terbaru Datuk seri Anwar Ibrahim dilaman blognya.

Tulisannya itu antara lain untuk mempertahankan dirinya yang didakwa pengkhianat Melayu. “Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri.”itulah kata Anwar.

Kebanyakan pembaca memberi komen bernada menyindir khususnya menyangkut bab Genting Highlands. Kata salah seorang darinya mungkin budak-budak mentah yang baru masuk PKR tidak sedar dan mungkin tidak tahu yang Penasihat parti mereka itu pernah berdansa riang ria dengan anak mendiang tauke Genting Highlands,Lim Goh Tong dalam satu majlis semasa beliau di puncak kuasa dalam Barisan Nasional dulu.

“Kenapa waktu Anwar yang tengah khayal dengan kuasa itu dia tidak terfikir nak bercakap macam dia cakap hari ini. Seronok menari sampai lupa perjuangan kot. Cukup-cukuplah tu, budak-budak baru bolehlah kamu temberang,”katanya. Seorang lagi pembaca mengajak semua $orang melihat ‘sandiwara’ Anwar seterusnya.

Pembaca itu yang mengaku dirinya orang seangkatan dengan Anwar masa dalam UMNO dulu dakwa mereka tahu banyak tentang gelagatnya. “Cuma malas nak cerita. Sekarang dia hentam bab kroni tapi zaman dia berkuasa dia juga galak mengatur kroni. Cuba tanya berapa ramai Ketua UMNO Bahagian yang ‘dapat nikmat’ masa dia nak rebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Tun Ghafar pada tahun 1993.

Sekarang dia hentam politik wang.” Pembaca yang lain pula berkata mengimbas kembali sewaktu Anwar dalam UMNO dengan apa yang dicakapnya hari ini sering membuatnya tertawa. “Dia fikir dia boleh perbodohkan semua orang ke? Saya tidak pernah lupa dan saya yakin ramai orang yang masih ingat kata-katanya yang memperlekehkan pembangkang dengan segala macam cara waktu itu. “Sekarang dia cakap tentang Genting Highland kena gadai. Kita nak tanya berapa lama dia dalam kerajaan dan berapa lama dia jadi Menteri Kewangan dan berapa lama dia jadi Timbalan Perdana Menteri. “Seingat saya waktu itu tidak pernah pun dia cakap itu ini kena gadai.Lainah kalau dia tak pernah duduk dalam kerajaan. “Sudahlah Anwar …..”

dipetik daripada Agendadaily -11/8/2009-