Friday, April 3, 2009

Tahniah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Hari ini, Malaysia akan menempa satu lagi sejarah baru. Pukul 10.00 pagi ini, kita akan menerima seorang lagi Perdana Menteri yang baru. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak secara rasmi akan menerima watikah pelantikan sebagai Perdana Menteri yang keenam bagi menggantikan Datuk Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi yang melepaskan jawatan beliau semalam.

Tahniah buat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Saya yang berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berasa amat bertuah kerana Malaysia ditadbir oleh Barisan Nasional. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadikan Malaysia lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Tidak lupa juga kepada Pak Lah yang banyak melakukan perubahan terutama dalam isu kritikal seperti rasuah dan isu kehakiman. Penubuhan dua Suruhanjaya membuktikan ketelusan dari Pak Lah untuk memastikan Malaysia lebih berintegriti di mata dunia. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Pak Lah atas jasa beliau memimpin negara ini.

Perjalanan masih jauh. Banyak lagi rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terutama menghadapi tohmahan dan cercaan para pemimpin Pakatan Rakyat. Namun, saya yakin dengan kewibawaan dan pengalaman yang ada dalam diri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

Selamat Maju Jaya untuk kerajaan Barisan Nasional!!!

KERJA DAN PILIHAN RAYA

Salam sejahtera buat pembaca blog Pemuda Malaysia...

Dah lama rasanya aku tak menulis di dalam blog ini. Nak buat macam mana, kerja baruku di Kuching memerlukan perhatian yang lebih kerana skop kerja yang diamanahkan kepadaku rupanya amat luas berbanding ketika aku berada di Kementerian Penerangan satu ketika dahulu.

Bayangkan aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga negeri Sarawak yang luas ini dengan hanya kekuatan kakitangan seramai 11 orang sahaja. Apabila selesai satu laporan akan datang 3 perkara baru yang memerlukan aku membuat laporan juga. Namun, Alhamdulillah kerana aku dibantu seorang Penolong Pegawai yang begitu rajin dan juga menolong aku dengan sebaik mungkin. Tanpa beliau, aku rasa agak sukar untuk menjalankan tugas di bumi Kenyalang ini memandangkan aku agak baru dalam bidang ini dan masalah bahasa juga mungkin menjadi salah satu faktor dalam menjalankan tugas.

Terbaru, aku menerima satu tugas berkenaan tentang pilihan raya Batang Ai. Pilihan raya bukan perkara baru bagi aku kerana ketika itu adalah salah satu tugas aku ketika di jabatan lama dahulu. Apa yang menarik di sini ialah aku antara insan yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu SPR menjalankan proses demokrasi dengan telus dan adil. Selama ini, banyak juga aku mendengar tohmahan dan cakap-cakap para pembangkang yang menuduh SPR tidak telus dalam menjalankan proses pilihan raya. Aku sememangnya langsung tidak mempercayai tuduhan celupar para wakil pembangkang sejak dahulu lagi.

Kini, kepercayaan ku terhadap proses demokrasi yang berjalan di Malaysia semakin utuh dan kuat setelah aku sendiri terlibat secara langsung untuk membantu SPR menjalankan tugas mereka. Cukup aku katakan di sini bahawa aku melihat dengan mata aku sendiri mengenai salah satu proses dalam pilihan raya iaitu berkaitan dengan kertas undi. Kerja-kerja yang dijalankan cukup rapi dan telus seterusnya ini membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia memang bersikap jujur dalam perkara ini.

Aku menyeru kepada rakyat Malaysia agar tidak mempercayai dakyah para pembangkang yang sering menuduh SPR dan kerajaan tidak telus dalam mengadakan pilihan raya. Apabila mereka menang, mereka akan berdiam diri dan meraikan kemenangan mereka, namun apabila mereka ini kalah, macam-macam tuduhan akan dilemparkan kepada SPR dan kerajaan Malaysia. Inilah sifat sebenar pembangkang di Malaysia yang ditunjangi oleh Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI).

Insya-Allah kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya Batang Ai dan juga dua pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia. Ini berdasarkan beberapa faktor yang menjadikan sokongan rakyat akan beralih semula kepada Barisan Nasional seterusnya menyingkirkan Pakatan Rakyat yang semakin kelam kabut dan tidak terurus di bawah BABI.

Apapun, 7 April ini akan terjawab segala persoalan dan kita sama-sama berdoa agar Barisan Nasional memenangi semua pilihan raya kecil kali ini....amin...