Friday, July 17, 2009

Kecoh nak tuntut siasatan kematian pembantu Exco…

July 17, 2009 : 02.40 PM--->

Hingga sekarang tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Namun kira-kira 300 orang penyokong pembangkang sudah cuba buat kecoh berkumpul tidak jauh dari Plaza Masalam,Shah Alam pagi Jumaat dimana terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,Selangor tuntut siasatan keatas kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Teo Beng Hock,30. Polis terpaksa bertindak menyuraikan mereka selepas enggan patuhi arahan beredar dari situ. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pun hadir memberi ucapan seketika pada jam 10.20 pagi.

Beliau antara lain desak ditubuh Suruhanjaya Diraja siasat kejadian itu. Anwar cuba membakar sentimen dengan mendakwa ia satu serangan sistematik keatas pakatan pembangkang Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Beberapa orang telah ditahan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak tidak buat sebarang spekulasi mengenai kematian Teo. Katanya mereka sepatutnya tunggu hasil siasatan polis keatas kes itu.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula beri jaminan siasatan keatas kes itu akan dijalankan secara telus dan tiada akan disembunyi.Katanya biar polis siasat.

Mengenai demonstrasi pembangkang ,Muhyiddin berkata mereka tidak harus salahkan polis jika tindakan diambil. Katanya tiada siapa harus 'over react' dan buat dakwaan palsu mengenai kes itu.Mengenai cadangan Anwar tubuh suruhanjaya siasatan,Timbalan Perdana Menteri kata ia tidak perlu. -17/7/2009

dipetik daripada Agenda Daily Online.

Pakatan Rapuh Makin Panas

Salam kepada pembaca blog Pemuda Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang masih sudi membaca segala artikel yang ditulis ataupun diambil dari sumber lain. Ada yang menyokong namun tak kurang juga yang mengutuk penulisan saya. Namun, saya tak kisah dengan komen yang mencaci atau merendahkan artikel saya kerana itu semua adalah pendapat masing-masing.

Bagi saya, setiap komen yang ditinggalkan membuktikan bahawa artikel di dalam Pemuda Malaysia telah dibaca oleh berbagai-bagai ragam manusia. Ada yang menyokong Barisan Nasional dan ada juga yang masih hanyut dengan Pakatan Rapuh yang kini semakin goyah akibat masalah dalaman sendiri.

Kes penyalahgunaan peruntukan wang Negeri Selangor semakin hangat dan panas. Seorang setiausaha politik kepada exco Selangor ditemui terjatuh dari Plaza Masalam dan kini kes kematian pembantu kepada salah seorang exco Selangor ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun pihak polis tetap akan meneruskan siasatan bagi mencari punca sebenar kematian Teoh Beng Hock yang berusia 30 tahun.

Sebagai manusia, kita boleh membuat berbagai-bagai cerita tentang kematian Teoh Beng Hock, namun kita kena hormati siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dan sama-sama kita tunggu keputusan pakar Patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa bagi mengesan punca sebenar kematian.

Teoh Beng Hock rupanya adalah seorang penduduk di salah sebuah taman perumahan di Melaka di mana rumah keluarga si mangsa berdekatan dengan rumah keluarga saya. Saya hanya tahu mengenai fakta ini setelah dihubungi oleh ayah saya yang mengatakan mayat mangsa akan sampai di Melaka pada petang ini.

Apapun, kita sama-sama nantikan perkembangan terbaru kes salahguna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor kerana kes ini lebih menarik perhatian saya berbanding dengan kes kematian mengejut Teoh Beng Hock. Mungkin dengan kes salah guna peruntukan wang negeri Seangor akan menjadikan situasi politik Pakatan Rapuh semakin panas? Inilah yang dinamakan politik bermuka-muka yang menjadi amalan Pakatan Rapuh kerana mereka hanya mengaburi mata rakyat Malaysia sahaja dalam cuba mewujudkan sebuah pakatan yang cuba menyaingi Barisan Nasional namun apabila timbul rasa tidak puas hati yang mungkin disebabkan oleh sifat tamak dan haloba apabila mendapat kuasa, terbongkarlah segala penipuan dan penyelewengan dalam Pakatan Rapuh.

Sama-sama kita tunggu episod kemusnahan Pakatan Rapuh yang dinaungi oleh Penasihat Pakatan Rapuh, Brother Anwar bin Ibrahim yang hanya tunggu masa untuk musnah akibat tindakan jijik beliau sendiri.